KELUARGAKU -

SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2

Selasa, 4 Disember 2012

TERPERANGKAP DALAM KERINDUAN

Andai rindu itu seperti luka yang mengalirkan darah, sudah kering darahku kerana merinduimu. Aku terperangkap dalam kerinduan bersyarat. Mengingatimu bagai meredah rimbunan kaktus. Walaupun halus durinya tetap menyakitkan dan teramat payah untuk dicabut derita yang ada. Mengingatimu bagai seorang pesakit yang kehabisan ubat, masih bernyawa tapi lemah dan longlai. Mengingatimu pada saat ini seperti berada di bawah sinaran pancaran matahari tegak di atas kepala. Peritnya  terasa hingga membakar kulit. Memaksa aku mencari teduhan. Walau apa pun yang ku rasakan , aku masih terperangkap dalam kerinduan yang panjang. Sampai bila???????????????????/. ...Matahari ku...aku memerlukan mu pada saat ini.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Sharifah Zarina - Memandang Awan


Pada sang mentari
Yang sering menjadi saksi
Akan segala rahsia cinta
Malam yang berbintang
Yang beralih sendiri
Menanti dinihari kembali

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Hujankan diriku
Dengan sentuhan jiwa
Biar menjadi kasih abadi

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Heyyh, sering kali ku terleka
Wajah indah didepan mata
Lidah kelu untuk bicara
Kini bila kau tiada
Tak terungkap rasa kecewa
Nafas ku bergetar memandang ke awan

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku [2x]

Bertemu diriku
Bertemu diriku

Aku Yang Tersakiti

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Sayang...ungu

Entah harus dari mana 
ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu, 

dari jauh lubuk hatiku
Bukan, bukan keinginanku 

tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan, 

aku takut menyakitimu
Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Kau Yang Terindah – Alyah



Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya
Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

HATIKU

Seketul span berupaya menyerap cairan yang pelbagai rupa. Sentiasa boleh mengeringkan setiap permukaan yang tertumpah cairan. selalu digunapakai untuk memudahkan kerja-kerja membersih.

Begitulah juga hatiku. Hatiku ini berupaya menerima segala bentuk perkataan yang ditujukan kepada ku. Kata-kata yang baik, kata-kata gurauan, kata-kata sinis dan sindiran, tohmahan, fitnah  dengan segala keredaan. Masih mampu menyerap dan mempamirkan kemanisan dengan senyuman.

Seperti juga span, cairan yang baik dapat diserap dan disimpan dengan baik... cairan yang bahaya hatta racun sekalipun akan diserap jua..bezanya   cairan yang elok akan membersihkannya tapi cairan yang tak elok akan diserap dan disimpan sehingga span itu tak mampu bertahan dan akan hancur dengan sendirinya.


Ahad, 21 Oktober 2012

BERBAIK SANGKA LAH


Apabila memandang ke luar tingkap..
Ada orang melihat pokok,Ada orang melihat awan,Ada orang melihat jalan,Ada orang melihat burung terbang,dan macam2 lagi.
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama. Suatu benda yang kita lihat, macam2 kesimpulan yang boleh dibuat.
KONKLUSINYA,
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat. Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatiflah jadinya.
Marilah kita sama2 betulkan PENGLIHATAN kita. Berbaik sangkalah sesama kita.

ENGKAULAH MATAHARIKU

Matahariku.. engkau telah menyinari siangku dengan kemilauan cahaya kasih ...yang membaldu ...terbitmu dari pagi hingga ke senja yang berlabuh bersama harapan cinta yang membiru.. Matahariku.. aku yang sarat merindu.. di perbatasan waktu terus menanti sinar indahmu.. yang meng-ungu untuk kuterus mengukir senyum di hujung waktu saat kau hadir menerangi suramku.. Engkaulah matahariku.. membuatku tersenyum di cerah cintamu dan bila malam aku merindu terus menunggu dan menunggu saat terbitnya lagi ..cahaya kasihmu.. Engkaulah Matahariku..




Kau Yang Terindah

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah Aku Disini Memuja Bayangmu setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu Cinta Membara Jiwa Gelora Kau Yang Terindah Didalam Hidupku . Hanya Cintamu Mekar Selamanya Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain Kau Telah Mengikatku Selamanya. Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang Aku Disini Menghitung Harapan Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu Bagai Semalam Semuanya Hilang Kau Yang Terindah Didalam Hidupku Hanya Cintamu Mekar Selamanya Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain Kau Telah Mengikatku Selamanya Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang Aku Disini Menghitung Harapan Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu Bagai Semalam Semuanya Hilang Bagai Semalam Semuanya Hilang

Khamis, 4 Oktober 2012

Mengenali suami sendiri

KERANA cinta anda telah berumahtangga dengan seseorang yang pada awalnya anda merasakan dialah yang paling sesuai menjadi pasangan dalam hidup.

Sedangkan sebenarnya, hanya selepas beberapa lama tempoh perkahwinan, barulah anda mengenali siapakah suami anda sebenarnya.

Artikel ini ditulis bukan untuk membuat anda rasa resah dan gelisah.

Ia sekadar memberi panduan kepada anda sebagai seorang isteri untuk mengenali siapakah suami anda sebenarnya dan mengapa anda perlu berusaha untuk mengubah sikap atau mendorongnya menjadi insan yang lebih baik.

Apa-apa pun, yang penting perlunya anda mengetahui sikap sebenar suami anda terlebih dahulu.

Sukar dipercayai

Suami anda sering bercakap tidak benar dan selalu menyembunyikan personaliti yang sebenarnya ketika keluar berjanji temu dengan anda. Selalunya perangai ini hanya dapat dikesan selepas beberapa bulan berkahwin. Jika perkara ini berlaku terhadap anda ternyata anda perlu lebih berhati-hati dan selalu bertanyakan kepada rakan-rakannya mengenai apa yang dilakukannya di belakang anda. Tetapi sekiranya rakan suami pun bersubahat dengan suami anda... usahalah cara lain.

Suka bertindak ikut rasa

Dia akan menghubungi anda sesuka hatinya bertanyakan sesuatu dan dilihat suka membuli anda dan tidak suka kata-katanya dibangkang. Suami seperti ini mungkin agak panas baran orangnya, anda sebagai isteri pasti tahu bagaimana untuk memujuk, mungkin dengan cara kelembutan yang anda miliki.

Teragak-agak membuat keputusan

Dia mengajak anda keluar kemudian selang beberapa jam kemudian dia bertukar fikiran pula. Jika anda berkahwin dengannya , pastikan keputusannya benar-benar 'sahih' sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Sekiranya berlaku juga lagi... sabar sajalah.

Suka menonjol

Adalah benar pada masa sekarang sebahagian golongan lelaki suka menonjolkan diri dan menjadi insan yang berjaya. Selalunya lelaki seperti ini menawan, kacak dan senang dengan wanita. Namun lelaki seperti ini sebenarnya mudah dan mungkin akan jatuh cinta lagi dengan wanita lain kecuali anda pandai mengendalikan dirinya.

Mendominasi (menguasai)

Dia selalu menguasai segala tindakan dan minda anda sehingga baju anda pun dia yang memilihnya. Anda bakal merasakan hanya sekadar boneka. Lelaki ini juga mudah menggunakan penderaan mental dan fizikal ke atas isterinya.

Tidak mempunyai perasaan

Lelaki jenis ini akan 'mencuri' anda daripada keluarga dengan memisahkan anda daripada rakan-rakan sehingga mengganggu kehidupan biasa anda kerana dia tidak suka melihat anda bergaul dengan orang lain.

Tidak yakin pada diri sendiri

Seorang lelaki yang berharap segalanya pada anda dan segalanya tentang anda. Mula-mula anda akan rasa seronok tetapi lama-kelamaan semuanya menyakitkan hati.

Terlalu mengharapkan kesempurnaan

Dia cuba mengawal kesemua perkara yang anda lakukan dengan tepat untuk mendapatkan kesempurnaan sebagaimana yang dihajatinya. Kemudian, apabila ada masalah mendatang, anda pula dipersalahkan.

Manipulasi

Dia hanya mahu mengawal segalanya termasuk hobi anda sampailah ke perbualan dan segala tindakan yang dilakukan untuk faedah dirinya sahaja sehinggakan semua idea yang dikeluarkan, anda harus mempercayainya biarpun anda sangsi mengenainya

Misteri

Ini bergantung kepada usia dan kematangan. Sekiranya sampai ke tua pun hidup anda masih ditakuk itu, bermaksud lelaki ini tiada objektif yang jelas dalam dirinya dan menganggap kehidupannya adalah mudah termasuk dalam soal kewangan.



Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121002/ke_01/Mengenali-suami-sendiri#ixzz28L4kGWSg 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumaat, 21 September 2012

NASIHAT


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

1  .Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2.  Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

3.  Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

4.  Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

5.  Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

6.  Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

7.  Percayailah cinta pandang pertama.

8.  Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

9.  Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

10.  Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11.  Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

12.  Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

13.  Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

14.  Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

15.  Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

16.  Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

17.  Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

18.  Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

19.  Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

20.  Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

21.  Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..


semoga bermanfaat..

Isnin, 17 September 2012

Mega dan waktu.


Tidak kutahu mengapakah

Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiriTidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku) 

Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta




Ku tak tahu mengapa
Tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini sering rindu padamu
Ingin ku meluahkan, tak berdaya

Ku tahu engkau jua
Sangat sayang padaku
Kaupun sering merindu
Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku
Punya rasa...

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
Dan tiba-tiba kita jatuh cinta
Ini semua sudah suratan illahi
Dan kita harus tabah hadapi kenyataan

Biar... apapun terjadi
Aku... harap engkau tabah...
Menerimaku sebagai teman barumu
Semoga kita saling sayang, bahagia...

Usahlah engkau pergi
Semadi di hatiku
Masih menyayangimu, oh sayangku...
Bila sehari tak jumpa, aku
rindu...

Getar Hati



Saat pertama
Aku mengenal dirimu
Bergetar jiwa ragaku
Kau mempersonaku

Tanpamu aku lemah
Kau berikanku cahaya
Terangi gelap hidupku
Ku luluh padamu
                                               
                                                Dengar Hatiku kan ku Bisikan Cintaku (cintaku)
Lihat jiwaku kan kau dapatkan setiaku
Ingat diriku kau kan rasakan rinduku
Untuk dirimu kan Ku berikan hidupku

Aku Rindu Sayang Kamu




Siang dan malam ku kini menjadi satu
terasa sunyi ku bila tiada mu
apakah ini dinamakan cinta ohhhh
menjadi aku yang punya..ohhh

Apakah kau rasa seperti ku..rasa
hari hari ku tak menentu..
bagaikan lilitan terikat dijantung ku
terasa sungguh....ohhhh

Korus

                                               Aku rindu,sayang kamu,padamu
                                               aku cinta kepada mu
                                               sayang kamu..ooohhh

                                              Apakah kau rasa seperti ku..rasa
                                              hari hari ku tak menentu..
                                              bagaikan lilitan terikat dijantung ku
                                              terasa sungguh....ohhhh




Kasih Tercipta-- Faizal Tahir -



Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara
Bisiklah kiranya aku bersalah

Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cintaku jujur selama ini..
Carilah aku dalam hatimu

Sayang sebutlah kau rindu
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Mesra suaramu kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih

Ooo..kasih tercipta..
Ooo..carilah ku sayang
Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu

Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka
Pabila bersamamu..debaran

Darah arus mengalir cinta
Lahir selamanya
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..

Kasih tercipta..
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..

Ooo..kasih tercipta..
Kini kumengerti..
Walau berbisa..
Kurela kira kau bahagia

Dirantai Digelangi Rindu



Syahdu malam berlagu sepi 
Mengiring rawan dalam taman hati 
Gelisah menanti kau kembali 
Manja menagih bujukan di sisi 

Kerana desakan cintaku 
Dirantai digelangi rindu 
Sehinggakan diri sanggup mengalah kepadamu 

(Korus) 
Dosamu ku anggapkan debu 
Bisa diterbang angin yang lalu 
Ku sedia memaafkan mu 
Biar aku berparut seribu 
Asal sembuh lukamu 
Pahitku rasa madu 
[

                                                Pulanglah oh kasihku 
                                                Ku rayu kepadamu 
                                                Janganlah diturutkan mainan perasaan mu 
                                                Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang 
                                                Dengan belaian senda gurauan mu 
                                                Duhai sayang 
                                                (Ulang Korus) 

                                                Pulanglah oh kasihku Ku rayu kepadamu 
                                                Janganlah diturutkan mainan perasaan mu 
                                                Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang 
                                                Dengan belaian senda gurauan mu 
                                                Duhai sayang 
                                                Oh pulanglah


Ahad, 16 September 2012

I LOVE YOU

SOME PEOPLE WILL MAKE YOU SMILE
SOME PEOPLE WILL MAKE YOU CRYING
BUT...
IT TAKES SOMEONE SPECIAL..
TO MAKE YOU SMILE
AFTER..
YOU'VE BEEN CRYING..

THAT IS YOU...
YOU ARE TOO SPECIAL
THAT MAKE ME SMILE AND CRYING
AT THE SAME TIME....

WHAT EVER HAPPENS....
KEEP MY PROMISED....

I LOVE YOU.....
I LOVE YOU.....
I LOVE YOU.....

SELAMAT PAGI SAYANG


KAU YANG TERISTIMEWA.

SESEORANG YANG ISTIMEWA BUKAN YANG SELALU BERADA DI DEPAN MATA...TAK JUGA YANG SENTIASA BERADA DI SISI TETAPI DIA YANG SETIA DI HATI DAN MENGINGATIMU DALAM SETIAP BISIKAN DOANYA.....

SEPI

ADAKALANYA SEPI MENJADI LEBIH INDAH KERANA DI SAAT ITU KITA ADA RUANG UNTUK MENGINGATI DAN MERINDUI.....

PILIHAN

Hidup ini adalah pilihan......apa-apa pun yang membuatkan hidupmu sedih.....tinggalkanlah.....apa-apa pun yang membuatkan hidupmu tersenyum...pertahankanlah........

MAAF

Meskipun kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara hingga menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka....kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka......

TERSENYUMLAH


Tersenyumlah....

Ada air mata di balik setiap senyuman..
Ada kasih sayang di balik setiap amarah..
Ada pengorbanan di balik setiap ketidakpedulian..
Ada harapan di balik setiap kesakitan..
Ada kekecewaan di balik setiap derai tawa..

INGAT, kita bukan satu-satunya manusia dengan segudang masalah…

Tersenyumlah ..
Kerana senyum mampu membasuh setiap luka ..
Maafkanlah..
Kerana maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit..

Hanya Ada Allah tempat segalanya bermuara..
Kepada-Nya kita berserah atas segala pinta..

Jumaat, 17 Ogos 2012

Aku menyayangimu

Lelaki ini...
pada pandangan mata ku ...biasa-biasa saja
namun selalu menghadirkan gemuruh di dada
kau bukan penulis tapi di setiap katamu
mengurat manis di dinding hatiku
bukan juga pelukis, namun kanvas di jiwaku
berisi penuh gambaranmu

Aku menyayangimu
bukan kerana apa yang awak ada
sungguh bukan itu tapi lebih kerana awak
dapat menghadirkan rindu dalam dadaku
saya sayang awak

awak tahu
kata2 ajaibmu selalu menciptakan rindu
aku tahu, kau juga menyayangiku
lebih daripada ucapanmu

Dari tatapan mata
hati kita berbicara cinta
walau detak jantungku tersembunyi
iramanya telah kau miliki dan
aku tahu ..kau juga tahu

Awak menghidupkan aku yang mati rasa
aku tergetar saat melihatmu
kau adalah degup jantungku

Sayang awak

Dengan kucupan tangan
ku ingin teguhkan ikatan
dengan sapaan mesra,
ku ingin kita selalu bersama
meski amarah terkadang singgah
kita ambil warna terindah
agar tertuang hikmah
bila cemburu memburu
kan kubiarkan rindu ini kelu
tapi tidak bahasa tubuhku
jiwaku ,ragaku dan segala hasratku
hanya terpaut padamu
sayang awak......

Sabtu, 11 Ogos 2012

Perlukah kita menjadi lilin?

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.     Kekasih umpama lilin.
Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.
 Simbol pengorbanan.

Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.
Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.
  
PESANAN BUAT LILIN


Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang.


Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri. Tak mampu mempertahankan diri walau ditiup bayu lembut...


Engkau perlu berusaha menjadi matahari yang menyinar di siang hari dan menjadi bulan menyambung cahaya mentari di malam hari...perkhidmatan yang tiada henti walau apa keadaan yang diuji...sentiasa memberi manafaat kepada seluruh alam...tiada yang perlu berkorban kerana kebahagiaan daripada sinar cahaya itu sudah cukup untuk memberikan sinar kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain....terkadang mengubah cahaya mentari menjadi pelangi yang indah pabila disiram gerimis....bahagia bukan.... pabila kita menjadikan orang berbahagia dengan kehadiran kita......


Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.    Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.


Matahariku...tersenyumlah kerana saya sayangkan awak.....sentiasa ada walau ditutup mendung hitam...kau pasti ada di sana.....janganlah menjadi lilin yang terlalu lembut dan bersifat seketika.....

TAKDIR


..Takdir kadang-kadang MEMPERTEMUkan kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang,  MEMAKSA kita mengalirkan air mata serta membuatkan kita rasa kehilangan..


Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan,menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan,  menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..




Never blame any day in your life. 
Good days give you HAPPINESS, 
bad days give you EXPERIENCE, 
worst days give you a LESSON.. :)

Aku hambamu

Ya ALLAH...

 Jadikan aku hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberian-MU
 Jadikan aku hamba yang sentiasa mengingati-MU
 Jadikan aku hamba yang sentiasa berbaik sangka pada-MU
 Jadikan aku hamba yang sentiasa menyebut nama-MU
 Jadikan aku hamba yang sentiasa sujud menyerahkan diri pada-MU
 Jadikan aku hamba yang sentiasa mendamba kasih sayang-MU
 Jadikan aku hamba yang sentiasa menagih cinta-MU
 Jadikan aku hamba yang sentiasa merindui rahmat dan maghfirah-MU

 Moga setiap detik kehidupanku Engkau sentiasa bersama
 Moga saat duka menyapa Engkau hadir membawa ceria
Moga pabila kutersalah arah Engkau tunjukkan jalan yang benar
Moga pabila kumerintih sayu Engkau setia mendengarnya
Moga pabila aku meminta Engkau akan memberi
 Moga pabila aku dalam kegelapan Engkau pancarkan sinar cahaya
Moga pabila aku tersungkur Engkau hulurkan bimbingan
 Moga pabila aku lemah Engkau titipkan semangat kekuatan
Moga akhir nafasku kalimah-MU yang meniti dibibirku
Moga perjalananku ke alam abadi Engkau permudahkan
 Moga amal perhitunganku neraca kebaikan menjadi timbangan
Moga tempat istirehatku Engkau hadiahkan bersama para kekasih-MU

 Amin....Ya Rabbal 'Alamin..

Asyik

Dengan bahasa kalimah yang sama..... Puji dan memuja..... Dilindung dan dibuka..... Rahsia kan tetap rahsia..... Indah bukan rupa..... Harum bukan bunga..... Manis bukan gula..... Panas bukannya bara..... Cintakan tetap cinta..... Sejak aku kenali..... Cintamu yang suci..... Aku telah berjanji..... Tak berpaling lagi..... Akan aku genggam api..... Hingga jadi besi..... Dan nyata sebati..... Gelap bukan malam..... Terang bukan siang..... Satu tak terbilang..... Hanyut tak terenang..... Waktu tak terasa..... Rindu tak terkata..... Asyiknya cinta..... Dan hanya kepadamu..... Kuserah jiwa ragaku..... Walau berjuta seteru..... Tak kuragu

Jumaat, 10 Ogos 2012

Ingin aku lupakan....

Ingin aku melupakan semuanya tentang dirimu...namun bayangmu selalu ada dalam setiap langkahku....namamu teralir dalam setiap aliran darahku, dirimu terpelihara dalam setiap degupan jantungku, dalam setiap denyutan nadiku, dalam setiap kerdipan mataku, dalam setiap helaan nafasku..dalam jaga dalam lelapku.. dalam setiap saat yang berdetik..dalam siangku dalam malamku...dalam suka dalam duka...dan aku tahu aku tak mampu melupakanmu..sehingga aku kehilangan semua fungsi hidupku..aku akui betapa pentingnya kau di sisi...kau yang aku sayang kau yang aku rindu..sehingga akhir hayatku...mama sayang awak....selamanya di hati walaupun akan terpisah jauh.....

?

Dalam seribu perjalanan yang kita pernah lalui ..pasti ada satu jalan yang begitu menyukarkan untuk kita harungi..untuk kita laluinya dan adakalanya ia membuat kita tersesat tanpa hala tuju yang tak pasti...kebimbangan dan kekeliruan pasti menerpa di minda..mencari jalan pulang di antara kembali ke pangkal jalan atau meletakkannya pada takdir yang menentukannya?

CINTA SEJATI

Cinta sejati ibarat bantal.....kamu dapat memeluknya saat kamu ada masalah...... saat kamu menangis....saat kamu terluka....kamu dapat merangkulnya saat kamu gembira.... mana bantalku di saat aku memerlukannya????

Ahad, 29 Julai 2012

YA ALLAH

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah, Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu...Engkaulah tuhan yang maha pengampun...tuhan yang suka memberi keampunan, maka ampunkanlah aku atas kelemahanku ini.....berikanlah aku kekuatan..berikan aku taufik dan hidayahmu..berikanlah juga keampunan kepada orang2 yang mendampingi aku..agar kami dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan sempurna seperti kehendakmu..;((

PUSH

PRAY UNTIL SOMETHING HAPPEN

Sabtu, 28 Julai 2012

BUATMU TERSAYANG- MAMA D

NOTHING SPECIAL ABOUT ME FOR YOU.....NOTHING GOOD ENOUGH ABOUT ME FOR YOU.....BUT I LOVE YOU.......LOVE FOR NO REASON...

DARI SEORANG KAWAN LAMA

SAHABAT SEJATI

"Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti..."

MAMA

KEBERANIAN N DESTINI N KEBOLEHAN

Keberanian: Jangan biarkan kelemahan anda menghalang kejayaan yang gemilang............Don't let what you cannot do interfere with what you can do..... Destini: Hidup ini dipenuhi dengan dorongan tapi kitalah yang menentukan masa depan kita......The winds that fills my sails, propels, but i am the helmsman... Kebolehan: Ada masanya kita perlu tunjukkan yang kita berkebolehan. Bukan membangga diri, bukan mendabik dada. Salah satu cara memartabatkan diri. We must expose our self to look up on eye. Make our eye and other open to look positive about us.

Apa ni?

bagaimanakah perasaan: dapat cincin si kudung, dapat gelang si kontong, si bunting dapat kedondong, jatuh tersungkur si sombong... apakah erti dan maksudnya: seperti kadok naik junjung, hidung tak mancung, pipi tersorong2, ayang kenyang bila berdeguh lesung? Apa pula bezanya: antara tudung dan kerubung, pakaian sembahyang digelar telekung, antara cempedak dengan bangkong, antara tokar dengan pekung Adakah berlainan: antara angkuh dan sombong, antara tolak dengan sorong, antara temberang dengan bohong, antara sanjung dengan penjong? Apakah perbezaannya antara: kutu dengan tungau, kurap dengan panau, layang2 dengan wau, masjid dengan surau di kampung ada lembu dan kerbau, ada banyak tebu tapi banyak juga tebarau, di tepi sawah ada puyuh dan pikau, ada banyak merbau dan bebarau, dalam sungai ada banyak ikan sebarau, dalam sungai ada banyak pulau2, dalam paya ada banyak buyau2, pondok kecil digelar sapau, cahaya kulat dikata kerinau, duri2 rotan digelar anau Dalam kilat ada kilau, dalam gaduh ada kacau, dalam mimpi ada ngigau, dalam senda ada gurau, orang pandir jadi sasau...

RENUNGAN MENGENAI DIRI

Orang cemerlang menunjukkan hasil, orang gagal memberikan alasan... kebanyakan kita cuma mengenali sedikit mengenai diri kita. Terlalu banyak aspek dan sumber2 peribadi yang kita tidak ketahui. Kita masih belum kenal APA kita dan SIAPA kita sebenarnya. Setelah kita mengenali diri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita. Secara sedar atau tidak sedar, kita meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita. Kita merupakan natijah dari apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Sejak lahir kita mengumpul beratus2 idea, mengenai diri kita samada baik atau jahat, pandai atau bodoh, berani atau penakut dan sebagainya. Melalui ulangan, identiti yang tidak mencerminkan keadaan sebenar kita akan terpahat dalam minda dan membentuk imej kendiri kita. Imej kendiri yang palsu ini akan menghantui diri kita sepanjang hayat. Ramai orang yang menyiksa diri dengan memikirkan kesusahan atau masalah yang belum tentu akan berlaku. Ramai manusia yang gagal dalam hidup kerana membesar2kan perkara kecil...

FIKIRAN

Fikiran yang sempit boleh menyempitkan ruangan yang luas...fikiran yang luas boleh meluaskan ruangan yang sempit.....BIARLAH RUMAH SEMPIT JANGAN FIKIRAN SEMPIT....

Khamis, 12 Julai 2012

Renungan Hati ::

Aku SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH daripada aku, Aku DERITA tapi ada yang LEBIH DERITA daripada aku, Aku SEDIH tapi ada yang lebih SEDIH daripada aku, Aku SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT daripada aku.., Rupanya aku lagi BAHAGIA daripada MEREKA, Rupanya aku lagi KAYA daripada MEREKA, Rupanya aku lagi SENANG daripada MEREKA, Rupanya aku lagi SIHAT daripada MEREKA ♥ DAN AKU BERSYUKUR DENGAN APA YANG AKU ADA ♥

DALAM HATI

Saya ada sebilah PISAU... PISAU tu saya guna untuk memotong... pernah jugak terluka kerana PISAU tu... Tapi tak kisah,tak sakit pun :) PISAU tu dah lama saya guna... Sekarang PISAU tu dah berkarat... saya tak buang...? saya tak buang sebab sayang nak buang :( Macam AWAK jugak !!! saya ada AWAK,saya sayang AWAK dan selalu nak bersama AWAK... KAdang-kadang terluka jugak sebab awak... Tapi tak apa, saya masih sayang awak.. Satu je yang tak sama... AWAK tak berkarat, so, tak ada sebab saya nak buang AWAK.. Jadi,saya nak simpan AWAK sama dengan PISAU tadi... Tapi...PISAU saya simpan dalam laci... AWAK ??? saya simpan DALAM HATI SAYA ♥ ♥ ♥ !!

SUKARNYA MEMILIH DIAM,

Bila diam... kita mungkin disangka bangkrup IDEA+++++ Bila diam... kita mungkin dikatakan PENAKUT+++++ Bila diam... kita mungkin disangka SOMBONG+++++ Bila diam... kita mungkin dituduh melawan @ MEMBANGKANG+++++ Bila diam... kita mungkin dikata tak ikut PERKEMBANGAN+++++ Bila diam... kita dikira telah BERSETUJU+++++ Bila diam... kita mungkin dicop BODOH+++++ Bila diam... kita dianggap tak pandai berMASYARAKAT+++++ Bila diam... kita disangka tak mahu TERLIBAT+++++ Bila diam... kita dikatakan beRAHSIA+++++ . . . Walhal....... hakikatnya hanya DIAM ITU LEBIH BAIK.....

Selasa, 10 Julai 2012

MAKANLAH BUAH-BUAHAN

AKU INGIN MENDOAKANNYA

aku ingin mendoakannya.. ya الله rendahkanlah suaraku bagi mereka, pindahkanlah ucapanku di depan mereka, Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkanlah hatiku untuk mereka.. Ya الله berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, pelihara mereka sebagaimana mereka memeliharaku.. Ya الله apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan, atau kesusahan yang mereka derita kerana aku, atau hilangnya suatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa-dosa mereka, meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah.. sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.. ya الله bila maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafaat untukku. Tetapi jika maghfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka.. sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kamuliaan-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.. sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.. ..امين.. "..Wahai Tuhan kami..berilah ampunan bagiku dan bagi kedua-dua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.." (surah Ibrahim:41)

CINTA SEJATI

Cinta sejati bukan diukur dengan bilangan saat gembira yang kita miliki, tetapi dilihat dengan cara kita menangani saat sukar, belajar mempercayai, belajar untuk mengambil dan menghargai peluang, serta belajar untuk mengambil risiko kerana kita hanya akan sedar tentang pentingnya kewujudan si dia ketika melalui saat sukar tersebut. Kalau anda menyayangi seseorang, beranikan diri anda untuk mengungkapkan pada si dia sekerap yang mungkin, kerana jika tidak, beranikan diri anda untuk melihat si dia menyayangi orang lain. Jangan menyuruh wanita berharap kalau anda tak berniat untuk menjadikan dia sebagai teman hidup anda satu hari nanti kerana wanita telah dicipta untuk disayangi, bukan untuk dipergunakan. ♥ ‎"Saya tak kisah siapa yang pernah bersama awak sebelum ini, tapi sekarang saya tak nak ada sesiapa yang ada bersama awak selain saya." I love you. Sayang. Dear. Saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri/suami saya. Sudi kah awak nikahi saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya rindu awak. Saya perlukan awak.♥. #ayat-ayat ini mungkin biasa didengari pasangan bercinta. Ya, memang selalu kita dengar. Masalahnya sekarang adakah ayat tu dihargai dan bermakna? Untuk yang menghargai mendengar ayat tersebut tiap hari, its good. Bagi yang tidak pandai menghargai, anda tidak layak untuk menerima ayat sebegitu kerana ada orang lain yang lebih sudi menghargainya. Jadi, jangan menyesal satu hari kelak bila seseorang yang anda pandang ringan tak akan mengungkap ayat-ayat "biasa" diungkap tersebut lagi. Jangan menyesal. Hargailah orang yang anda sayang selagi mereka masih ada. ♥

SENYUM PAGI HARI

SENYUM pada pagi hari akan membuatkan anda TERSENYUM pada keseluruhan hari.... SENYUM utk hidup akan membuatkan kehidupan sentiasa TERSENYUM.... SENYUM pada ujian akan membuatkan ujian menjadi mudah.... SENYUM pada musuh akan melahirkan kawan dikemudian hari.... SENYUM pada kesedihan, kegembiraan akan menyusul.... SENYUM pada dunia membuatkan akhirat TERSENYUM pada kita.... SENYUMLAH pada semua kerana SENYUM x perlu sebarang kos operasi mahupun penyelenggaraan !!!.... SENYUM pada diri anda membuatkan anda TERSENYUM pada semua.... SENYUMAN yang anda berikan menyebabkan anda mendapat SENYUMAN.... SENYUMLAH untuk mendapat KESENYUMAN dalam kehidupan.♥(◕‿◕。)....

Bagaimana Nak Lupakan Orang Yang Kita Sayang

Motivasi Tip melupakan seseorang yang istimewa (Bersama: Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj) YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA. Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya. Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan. Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH. “Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia. Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru. Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori. - Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya. - Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan. - Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain. - Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada. - Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik. - Usah biarkan hati digayut rindu, pilu. - Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri. - Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya. - Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul. - Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda. Petikan dari tulisan motivasi Dr HM Tuah....Terima kasih tuan....

Isnin, 20 Februari 2012

SENYUMLAH

Senyumlah
Apapun masalahmu ia pasti akan berlalu
hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dan kesusahan dapat dihadapi dengan cara yang betul.

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan?
Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjukan sebagai jalan keluarnya lebih banyak?
Mengapa harus berkeluh kesah, sedangkan apapun masalah yang datang akan berlalu jua akhirnya?

(Syed Alwi Alatas)

KITA SEMUA ADA SESUATU UNTUK DISYUKURI

Asal cinta milik ALLAH, perginya cinta dengan izin ALLAH, hilangnya cinta kehendak ALLAH, dicintai dan mencintai anugerah ALLAH!

Oh Allah, I have no money, but I have You. I am rich.
Oh Allah, I have no freedom, but I believe in You. I am free.
Oh Allah, I have no patience, but I read Your Quran. I am calm.
Oh Allah, I get no respect, but You listen to my dua. I am proud.
Oh Allah, I have no time, but I think of Jannah. I have forever.