KELUARGAKU -

SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2

Sabtu, 27 Oktober 2012

HATIKU

Seketul span berupaya menyerap cairan yang pelbagai rupa. Sentiasa boleh mengeringkan setiap permukaan yang tertumpah cairan. selalu digunapakai untuk memudahkan kerja-kerja membersih.

Begitulah juga hatiku. Hatiku ini berupaya menerima segala bentuk perkataan yang ditujukan kepada ku. Kata-kata yang baik, kata-kata gurauan, kata-kata sinis dan sindiran, tohmahan, fitnah  dengan segala keredaan. Masih mampu menyerap dan mempamirkan kemanisan dengan senyuman.

Seperti juga span, cairan yang baik dapat diserap dan disimpan dengan baik... cairan yang bahaya hatta racun sekalipun akan diserap jua..bezanya   cairan yang elok akan membersihkannya tapi cairan yang tak elok akan diserap dan disimpan sehingga span itu tak mampu bertahan dan akan hancur dengan sendirinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan