KELUARGAKU -

SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2

Khamis, 25 November 2010

Isnin, 22 November 2010

DOA IBU BAPA SUPAYA ANAK CEMERLANG DAN BERJAYA.

Mulai doa dengan bacaan zikir dan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya Engkaulah tempat pergantungan kami sekeluarga, Engkaulah pelindung kami, Engkaulah penjamin rezeki kami, bahkan seluruh hidup dan mati kami adalah di dalam ketentuan dan  kekuasaan Mu.

Ya Allah… sesungguhnya kami sentiasa mengharapkan dan memohon padaMu, pada setiap masa dan setiap hari supaya:
·        Jadikan anak kami Norhidayu, Noraini, Nasrullah dan Muhammad Firdaus sebagai anak yang beriman, taat kepada segala perintahmu dan menjadi anak yang soleh dan solehah.
·         Jadikan anak kami Norhidayu, Noraini, Nasrullah dan Muhammad Firdaus sebagai pelajar yang percaya kepada kelebihan dan kebolehan yang telah Engkau berikan kepadanya.
·         Jadikan anak kami, Norhidayu, Noraini, Nasrullah dan Muhammad Firdaus sebagai pelajar yang terbaik dan cemerlang di dalam semua mata pelajarannya dan seluruh bidang kehidupannya.
·         Jadikanlah anak kami Norhidayu, Noraini, Nasrullah dan Muhammad Firdaus  anak yang taat dan sentiasa  menyayangi kedua ibu bapanya
·         Jadikanlah anak kami Norhidayu, Noraini, Nasrullah dan Muhammad Firdaus  sebagai pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi dan sentiasa menghormati guru-gurunya.
·         Jadikanlah anak kami Norhidayu, Noraini, Nasrullah dan Muhammad Firdaus  sebagai  insan yang berjiwa besar, sebagai pemimpin bertaqwa di masa depan dan menjadi warganegara yang berguna.
·         Jauhkanlah daripada anak kami ,segala sifat malas, lemah, putus asa, lalai dan semua sifat negatif  dan keji, yang boleh merosakkan fikiran dan kehidupannya. Lindungailah anak kami daripada segala perangai buruk, perkara jahat dan maksiat, yang boleh membahayakan diri dan kehidupannya.

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Kami juga memohon padaMu, supaya dimudahkan bagi anak-anak kami untuk mengingat dan memahami dan setiap ilmu pengetahuan yang dipelajari. Mudahkan baginya  memahami dan menjawab setiap soalan peperiksaan dengan hati yang tenang, yakin dan betul, sehingga mencapai hasil keputusan yang terbaik. Ya Allah, berikanlah pertolongan dan petunjuk supaya anak kami  Norhidayu, Noraini, Nasrullah dan Muhammad Firdaus   boleh lulus dengan cemerlang dan mendapat semua A di dalam  setiap peperiksaan mereka sepanjang tempoh pembelajaran mereka Ya Allah.
Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan dosa anak-anak kami. Berikanlah kepada anak kami taufik dan hidayah supaya anak kami menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, jadikanlah kami orang yang bersabar dan tabah apabila menghadapi kesukaran dan kegagalan. Dan jadikanlah kami orang yang bersyukur , tawaduk dan taat kepadaMu apabila menerima kejayaan dan kekayaan.

Akhiri doa dengan selawat ke atas nabi.

Jumaat, 12 November 2010

WARISAN

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati, terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal cuma kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3x)

* Inilah lagu yang dinyanyikan saban hari ketika saya mengikuti Kursus Bina Negara di Kem Kaki Bukit, Gua Kelam, Perlis pada akhir tahun 2001. Lirik yang menarik, rentak yang bersemangat. Bila dihayati boleh menyentak jiwa.... Hari ini kita telah membangunkan ekonomi kita tetapi bangsa Melayu tetap belum dapat bersatu sepenuhnya.... di manakah silapnya????