KELUARGAKU -

SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2

Sabtu, 28 Julai 2012

RENUNGAN MENGENAI DIRI

Orang cemerlang menunjukkan hasil, orang gagal memberikan alasan... kebanyakan kita cuma mengenali sedikit mengenai diri kita. Terlalu banyak aspek dan sumber2 peribadi yang kita tidak ketahui. Kita masih belum kenal APA kita dan SIAPA kita sebenarnya. Setelah kita mengenali diri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita. Secara sedar atau tidak sedar, kita meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita. Kita merupakan natijah dari apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Sejak lahir kita mengumpul beratus2 idea, mengenai diri kita samada baik atau jahat, pandai atau bodoh, berani atau penakut dan sebagainya. Melalui ulangan, identiti yang tidak mencerminkan keadaan sebenar kita akan terpahat dalam minda dan membentuk imej kendiri kita. Imej kendiri yang palsu ini akan menghantui diri kita sepanjang hayat. Ramai orang yang menyiksa diri dengan memikirkan kesusahan atau masalah yang belum tentu akan berlaku. Ramai manusia yang gagal dalam hidup kerana membesar2kan perkara kecil...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan