KELUARGAKU -

SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2

Selasa, 10 Julai 2012

CINTA SEJATI

Cinta sejati bukan diukur dengan bilangan saat gembira yang kita miliki, tetapi dilihat dengan cara kita menangani saat sukar, belajar mempercayai, belajar untuk mengambil dan menghargai peluang, serta belajar untuk mengambil risiko kerana kita hanya akan sedar tentang pentingnya kewujudan si dia ketika melalui saat sukar tersebut. Kalau anda menyayangi seseorang, beranikan diri anda untuk mengungkapkan pada si dia sekerap yang mungkin, kerana jika tidak, beranikan diri anda untuk melihat si dia menyayangi orang lain. Jangan menyuruh wanita berharap kalau anda tak berniat untuk menjadikan dia sebagai teman hidup anda satu hari nanti kerana wanita telah dicipta untuk disayangi, bukan untuk dipergunakan. ♥ ‎"Saya tak kisah siapa yang pernah bersama awak sebelum ini, tapi sekarang saya tak nak ada sesiapa yang ada bersama awak selain saya." I love you. Sayang. Dear. Saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri/suami saya. Sudi kah awak nikahi saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya rindu awak. Saya perlukan awak.♥. #ayat-ayat ini mungkin biasa didengari pasangan bercinta. Ya, memang selalu kita dengar. Masalahnya sekarang adakah ayat tu dihargai dan bermakna? Untuk yang menghargai mendengar ayat tersebut tiap hari, its good. Bagi yang tidak pandai menghargai, anda tidak layak untuk menerima ayat sebegitu kerana ada orang lain yang lebih sudi menghargainya. Jadi, jangan menyesal satu hari kelak bila seseorang yang anda pandang ringan tak akan mengungkap ayat-ayat "biasa" diungkap tersebut lagi. Jangan menyesal. Hargailah orang yang anda sayang selagi mereka masih ada. ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan