“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi…
berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering
disebut orang kita.
Guru umpama lilin. Kekasih umpama lilin.
Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk
memberi. Simbol pengorbanan.
Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar
diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa.
Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya
sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur
binasa.
Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya,
dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.
PESANAN BUAT LILIN
Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin,
janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang.
Engkau harus berusaha menjadi
lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya.
Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban,
bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri. Tak mampu mempertahankan diri walau ditiup bayu lembut...
Engkau perlu berusaha menjadi matahari yang menyinar di siang hari dan menjadi bulan menyambung cahaya mentari di malam hari...perkhidmatan yang tiada henti walau apa keadaan yang diuji...sentiasa memberi manafaat kepada seluruh alam...tiada yang perlu berkorban kerana kebahagiaan daripada sinar cahaya itu sudah cukup untuk memberikan sinar kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain....terkadang mengubah cahaya mentari menjadi pelangi yang indah pabila disiram gerimis....bahagia bukan.... pabila kita menjadikan orang berbahagia dengan kehadiran kita......
Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa
diri, tidaklah dia mampu hidup memberi. Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk
memberi.
Matahariku...tersenyumlah kerana saya sayangkan awak.....sentiasa ada walau ditutup mendung hitam...kau pasti ada di sana.....janganlah menjadi lilin yang terlalu lembut dan bersifat seketika.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan