KELUARGAKU -
SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2
Ahad, 29 Julai 2012
YA ALLAH
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah, Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu...Engkaulah tuhan yang maha pengampun...tuhan yang suka memberi keampunan, maka ampunkanlah aku atas kelemahanku ini.....berikanlah aku kekuatan..berikan aku taufik dan hidayahmu..berikanlah juga keampunan kepada orang2 yang mendampingi aku..agar kami dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan sempurna seperti kehendakmu..;((
Sabtu, 28 Julai 2012
BUATMU TERSAYANG- MAMA D
SAHABAT SEJATI
"Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti..."
KEBERANIAN N DESTINI N KEBOLEHAN
Keberanian:
Jangan biarkan kelemahan anda menghalang kejayaan yang gemilang............Don't let what you cannot do interfere with what you can do.....
Destini:
Hidup ini dipenuhi dengan dorongan tapi kitalah yang menentukan masa depan kita......The winds that fills my sails, propels, but i am the helmsman...
Kebolehan:
Ada masanya kita perlu tunjukkan yang kita berkebolehan. Bukan membangga diri, bukan mendabik dada. Salah satu cara memartabatkan diri. We must expose our self to look up on eye. Make our eye and other open to look positive about us.
Apa ni?
bagaimanakah perasaan: dapat cincin si kudung, dapat gelang si kontong, si bunting dapat kedondong, jatuh tersungkur si sombong...
apakah erti dan maksudnya: seperti kadok naik junjung, hidung tak mancung, pipi tersorong2, ayang kenyang bila berdeguh lesung?
Apa pula bezanya: antara tudung dan kerubung, pakaian sembahyang digelar telekung, antara cempedak dengan bangkong, antara tokar dengan pekung
Adakah berlainan: antara angkuh dan sombong, antara tolak dengan sorong, antara temberang dengan bohong, antara sanjung dengan penjong?
Apakah perbezaannya antara: kutu dengan tungau, kurap dengan panau, layang2 dengan wau, masjid dengan surau
di kampung ada lembu dan kerbau, ada banyak tebu tapi banyak juga tebarau, di tepi sawah ada puyuh dan pikau, ada banyak merbau dan bebarau, dalam sungai ada banyak ikan sebarau, dalam sungai ada banyak pulau2, dalam paya ada banyak buyau2, pondok kecil digelar sapau, cahaya kulat dikata kerinau, duri2 rotan digelar anau
Dalam kilat ada kilau, dalam gaduh ada kacau, dalam mimpi ada ngigau, dalam senda ada gurau, orang pandir jadi sasau...
RENUNGAN MENGENAI DIRI
Orang cemerlang menunjukkan hasil, orang gagal memberikan alasan...
kebanyakan kita cuma mengenali sedikit mengenai diri kita. Terlalu banyak aspek dan sumber2 peribadi yang kita tidak ketahui. Kita masih belum kenal APA kita dan SIAPA kita sebenarnya.
Setelah kita mengenali diri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita.
Secara sedar atau tidak sedar, kita meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.
Kita merupakan natijah dari apa yang kita fikirkan tentang diri kita.
Sejak lahir kita mengumpul beratus2 idea, mengenai diri kita samada baik atau jahat, pandai atau bodoh, berani atau penakut dan sebagainya. Melalui ulangan, identiti yang tidak mencerminkan keadaan sebenar kita akan terpahat dalam minda dan membentuk imej kendiri kita. Imej kendiri yang palsu ini akan menghantui diri kita sepanjang hayat.
Ramai orang yang menyiksa diri dengan memikirkan kesusahan atau masalah yang belum tentu akan berlaku.
Ramai manusia yang gagal dalam hidup kerana membesar2kan perkara kecil...
FIKIRAN
Fikiran yang sempit boleh menyempitkan ruangan yang luas...fikiran yang luas boleh meluaskan ruangan yang sempit.....BIARLAH RUMAH SEMPIT JANGAN FIKIRAN SEMPIT....
Khamis, 12 Julai 2012
Renungan Hati ::
Aku SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH daripada aku,
Aku DERITA tapi ada yang LEBIH DERITA daripada aku,
Aku SEDIH tapi ada yang lebih SEDIH daripada aku,
Aku SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT daripada aku..,
Rupanya aku lagi BAHAGIA daripada MEREKA,
Rupanya aku lagi KAYA daripada MEREKA,
Rupanya aku lagi SENANG daripada MEREKA,
Rupanya aku lagi SIHAT daripada MEREKA
♥ DAN AKU BERSYUKUR DENGAN APA YANG AKU ADA ♥
DALAM HATI
Saya ada sebilah
PISAU...
PISAU tu saya guna
untuk memotong...
pernah jugak terluka
kerana PISAU tu...
Tapi tak kisah,tak sakit pun :)
PISAU tu dah lama saya guna...
Sekarang PISAU tu dah berkarat...
saya tak buang...?
saya tak buang sebab sayang
nak buang :(
Macam AWAK jugak !!!
saya ada AWAK,saya sayang
AWAK dan selalu nak
bersama AWAK...
KAdang-kadang terluka jugak sebab awak...
Tapi tak apa, saya masih sayang awak..
Satu je yang tak sama...
AWAK tak berkarat,
so, tak ada sebab saya nak
buang AWAK..
Jadi,saya nak simpan
AWAK sama dengan PISAU tadi...
Tapi...PISAU saya simpan dalam laci...
AWAK ???
saya simpan DALAM HATI SAYA ♥ ♥ ♥ !!
SUKARNYA MEMILIH DIAM,
Bila diam... kita mungkin disangka bangkrup IDEA+++++
Bila diam... kita mungkin dikatakan PENAKUT+++++
Bila diam... kita mungkin disangka SOMBONG+++++
Bila diam... kita mungkin dituduh melawan @ MEMBANGKANG+++++
Bila diam... kita mungkin dikata tak ikut PERKEMBANGAN+++++
Bila diam... kita dikira telah BERSETUJU+++++
Bila diam... kita mungkin dicop BODOH+++++
Bila diam... kita dianggap tak pandai berMASYARAKAT+++++
Bila diam... kita disangka tak mahu TERLIBAT+++++
Bila diam... kita dikatakan beRAHSIA+++++
.
.
.
Walhal....... hakikatnya hanya DIAM ITU LEBIH BAIK.....
Selasa, 10 Julai 2012
AKU INGIN MENDOAKANNYA
aku ingin mendoakannya..
ya الله
rendahkanlah suaraku bagi mereka,
pindahkanlah ucapanku di depan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka..
Ya الله
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
pelihara mereka sebagaimana mereka memeliharaku..
Ya الله
apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,
atau hilangnya suatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah..
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..
ya الله
bila maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafaat untukku.
Tetapi jika maghfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku
maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka..
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan
santunan-Mu di tempat kediaman yang
dinaungi kamuliaan-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu..
sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Karunia
Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan
Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih..
..امين..
"..Wahai Tuhan kami..berilah ampunan bagiku
dan bagi kedua-dua ibu bapaku serta bagi
orang-orang yang beriman, pada masa
berlakunya hitungan amal dan pembalasan.."
(surah Ibrahim:41)
CINTA SEJATI
Cinta sejati bukan diukur dengan bilangan saat gembira yang kita miliki, tetapi dilihat dengan cara kita menangani saat sukar, belajar mempercayai, belajar untuk mengambil dan menghargai peluang, serta belajar untuk mengambil risiko kerana kita hanya akan sedar tentang pentingnya kewujudan si dia ketika melalui saat sukar tersebut.
Kalau anda menyayangi seseorang, beranikan diri anda untuk mengungkapkan pada si dia sekerap yang mungkin, kerana jika tidak, beranikan diri anda untuk melihat si dia menyayangi orang lain.
Jangan menyuruh wanita berharap kalau anda tak berniat untuk menjadikan dia sebagai teman hidup anda satu hari nanti kerana wanita telah dicipta untuk disayangi, bukan untuk dipergunakan. ♥
"Saya tak kisah siapa yang pernah bersama awak sebelum ini, tapi sekarang saya tak nak ada sesiapa yang ada bersama awak selain saya."
I love you. Sayang. Dear. Saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri/suami saya. Sudi kah awak nikahi saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya rindu awak. Saya perlukan awak.♥.
#ayat-ayat ini mungkin biasa didengari pasangan bercinta. Ya, memang selalu kita dengar. Masalahnya sekarang adakah ayat tu dihargai dan bermakna? Untuk yang menghargai mendengar ayat tersebut tiap hari, its good. Bagi yang tidak pandai menghargai, anda tidak layak untuk menerima ayat sebegitu kerana ada orang lain yang lebih sudi menghargainya. Jadi, jangan menyesal satu hari kelak bila seseorang yang anda pandang ringan tak akan mengungkap ayat-ayat "biasa" diungkap tersebut lagi. Jangan menyesal. Hargailah orang yang anda sayang selagi mereka masih ada. ♥
SENYUM PAGI HARI
SENYUM pada pagi hari akan membuatkan anda TERSENYUM pada keseluruhan hari....
SENYUM utk hidup akan membuatkan kehidupan sentiasa TERSENYUM....
SENYUM pada ujian akan membuatkan ujian menjadi mudah....
SENYUM pada musuh akan melahirkan kawan dikemudian hari....
SENYUM pada kesedihan, kegembiraan akan menyusul....
SENYUM pada dunia membuatkan akhirat TERSENYUM pada kita....
SENYUMLAH pada semua kerana SENYUM x perlu sebarang kos operasi mahupun penyelenggaraan !!!....
SENYUM pada diri anda membuatkan anda TERSENYUM pada semua....
SENYUMAN yang anda berikan menyebabkan anda mendapat SENYUMAN....
SENYUMLAH untuk mendapat KESENYUMAN dalam kehidupan.♥(◕‿◕。)....
Bagaimana Nak Lupakan Orang Yang Kita Sayang
Motivasi
Tip melupakan seseorang yang istimewa (Bersama: Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj)
YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.
Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.
Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.
Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.
“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.†Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.
Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.
Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.
- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.
Petikan dari tulisan motivasi Dr HM Tuah....Terima kasih tuan....
Langgan:
Catatan (Atom)