KELUARGAKU -

SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2

Jumaat, 14 Oktober 2011

Ingat 2 Perkara dan Lupa 2 Perkara.

Ingat   kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita.

Perlu diingat selalu jasa orang lain dan sekiranya berpeluang, eloklah dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal dengan sumbangannya. Orang yang paling banyak budinya kepada kita ialah ibu bapa. Ingatan ini akan melahirkan rasa berterima kasih dan penghargaan. Lebih-lebih lagi kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah swt kepada kita yang tidak terhingga banyaknya. Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya(sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Duha 93:11)

Ingat  kesalahan kita pada orang lain.

Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf, terutama kesalahan terhadap ibu bapa. Lebih-lebih lagi kita perlu ingat dan menginsafi dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah, dengan beristighfar dan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar daripada melakukan kesalahan lain, kerana hati sentiasa takut dan berharap agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang lain

Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang  terutamanya kebaikan kita kepada ibu bapa. Rasakan seolah-olah kita tidak banyak pun berbuat baik kepada orang lain.  Lebih-lebih lagi, kita perlu melupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kerana  Allah. Dengan itu, moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum’ah, riyak ataupun rasa diri baik dan mulia.

Lupakan kejahatan orang lain terhadap diri kita.

Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah kepada kita supaya tidak tercetus rasa marah atau  dendam terhadap orang lain.  Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, musibah atau malapetaka yang ditimpa oleh Allah kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan.  Agar tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak reda dengan ketentuan Allah.

(Sumber: Majalah SOLUSI Isu No 35)

Isnin, 3 Oktober 2011

MAKSIAT : DOSA YANG MERESAHKAN

Allah lebih mengetahui apa yang memudaratkan kita berbanding diri kita sendiri.  Jesteru, apabila Allah melarang sesuatu, sama ada berbentuk benda, perkara atau perbuatan, maka pasti ia akan membawa kemudaratan.  Oleh sebab itu, setiap tegahanNya bukan untuk menyusahkan apatah lagi menzalimi manusia tetapi demi kebaikan hambaNya jua.

Maksiat dilarang oleh Allah kerana ia membawa mudarat bukan sahaja di akhirat, tetapi juga di dunia.  Orang yang bermaksiat akan didera oleh dua "neraka" - satu neraka akhirat yang kekal abadi, satu lagi adalah "neraka" dunia yang tidak kurang azabnya.  Menurut para ulama, selain kehilangan keberkatan rezeki, sukar beribadah, terhijab daripada ilmu yang bermanafaat, hilang rasa malu, sentiasa diburu oleh rasa was-was, gelisah dan cemas, orang bermaksiat akan terjejas kesihatan tubuh badannya.

Orang yang melakukan maksiat akan berasa miskin dalam kekayaannya, sempit dalam kelapangannya dan sunyi walaupun dikelilingi orang yang memuja dan mengaguminya.
Keadaan orang yang melakukan maksiat : di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meskipun lahiriahnya nampak senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana-mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama mana dia belum sampai keyakinan dan petunjuk, maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih ragu. Inilah kehidupan yang sempit.


Sumber rujukan: Majalah Solusi isu ke 35. 2011.

Ahad, 20 Februari 2011

Tahniah padamu..Dinesh

Tahniah Dinesh

Setelah berlatih dan berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya Dinesh telah berjaya mendapat tempat ke lapan dalam pertandingan merentas desa peringkat negeri pada 19 Februari 2011 di MRSM Alor Gajah. Peluang untuk mewakili Melaka ke Sarawak adalah cerah tetapi malangnya, umur Dinesh telah mencecah 19 tahun. Harap2 agar pihak terbabit dapat memberikan ruang dan peluang kepada beliau untuk menyertai kejohanan merentas desa peringkat kebangsaan nanti.