KELUARGAKU -

SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2

Ahad, 8 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA - BERSAHUR

Ramai yang memandang sahur sebagai perkara remeh dan kerap diabaikan walaupun tahu kebaikannya. Sahur adalah sajian awal pagi yang sangat disarankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagaimana dalam hadis diriwayatkan Ahmad dan Abu Daud yang bermaksud:"Marilah menuju ke makan pagi yang diberkati, iaitu sahur. Dalam hadis lain mengatakan "makanlah sahur kerana dalam sahur ada barakah". (riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasullulah juga melarang umatnya meninggalkan sahur sebagaimana sabda baginda yang bermaksud " Sahur adalah makanan yang barakah, jangan kamu tinggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan  Malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang bersahur. (Riwayat Ibnu Syaibah dan Ahmad dari Abu Said Al-Khudri)

Antara hikmah orang bersahur:

1.  Lebih afdal dilewatkan ke hujung waktu
2.  Membezakan umat Nabi Muhammad saw dengan kaum yang mengikuti ajaran kitab2 terdahulu.
3.  Menguatkan iman dan menambah semangat untuk berpuasa
4.  Mengurangkan dan mencegah masalah atau kelakuan yang biasa terjadi berkaitan lapar.
5.  Memberikan peluang mengerjakan kerja amal seperti menyediakan makanan untuk orang bersahur.
6. Memberi peluang kita berdoa pada waktu yang afdal.

(Petikan daripada Harian Metro E4, 8/8/2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan