KELUARGAKU -

SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2

Sabtu, 27 Oktober 2012

Sharifah Zarina - Memandang Awan


Pada sang mentari
Yang sering menjadi saksi
Akan segala rahsia cinta
Malam yang berbintang
Yang beralih sendiri
Menanti dinihari kembali

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Hujankan diriku
Dengan sentuhan jiwa
Biar menjadi kasih abadi

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Heyyh, sering kali ku terleka
Wajah indah didepan mata
Lidah kelu untuk bicara
Kini bila kau tiada
Tak terungkap rasa kecewa
Nafas ku bergetar memandang ke awan

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku [2x]

Bertemu diriku
Bertemu diriku

Aku Yang Tersakiti

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Sayang...ungu

Entah harus dari mana 
ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu, 

dari jauh lubuk hatiku
Bukan, bukan keinginanku 

tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan, 

aku takut menyakitimu
Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Kau Yang Terindah – Alyah



Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya
Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

HATIKU

Seketul span berupaya menyerap cairan yang pelbagai rupa. Sentiasa boleh mengeringkan setiap permukaan yang tertumpah cairan. selalu digunapakai untuk memudahkan kerja-kerja membersih.

Begitulah juga hatiku. Hatiku ini berupaya menerima segala bentuk perkataan yang ditujukan kepada ku. Kata-kata yang baik, kata-kata gurauan, kata-kata sinis dan sindiran, tohmahan, fitnah  dengan segala keredaan. Masih mampu menyerap dan mempamirkan kemanisan dengan senyuman.

Seperti juga span, cairan yang baik dapat diserap dan disimpan dengan baik... cairan yang bahaya hatta racun sekalipun akan diserap jua..bezanya   cairan yang elok akan membersihkannya tapi cairan yang tak elok akan diserap dan disimpan sehingga span itu tak mampu bertahan dan akan hancur dengan sendirinya.


Ahad, 21 Oktober 2012

BERBAIK SANGKA LAH


Apabila memandang ke luar tingkap..
Ada orang melihat pokok,Ada orang melihat awan,Ada orang melihat jalan,Ada orang melihat burung terbang,dan macam2 lagi.
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama. Suatu benda yang kita lihat, macam2 kesimpulan yang boleh dibuat.
KONKLUSINYA,
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat. Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatiflah jadinya.
Marilah kita sama2 betulkan PENGLIHATAN kita. Berbaik sangkalah sesama kita.

ENGKAULAH MATAHARIKU

Matahariku.. engkau telah menyinari siangku dengan kemilauan cahaya kasih ...yang membaldu ...terbitmu dari pagi hingga ke senja yang berlabuh bersama harapan cinta yang membiru.. Matahariku.. aku yang sarat merindu.. di perbatasan waktu terus menanti sinar indahmu.. yang meng-ungu untuk kuterus mengukir senyum di hujung waktu saat kau hadir menerangi suramku.. Engkaulah matahariku.. membuatku tersenyum di cerah cintamu dan bila malam aku merindu terus menunggu dan menunggu saat terbitnya lagi ..cahaya kasihmu.. Engkaulah Matahariku..




Kau Yang Terindah

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah Aku Disini Memuja Bayangmu setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu Cinta Membara Jiwa Gelora Kau Yang Terindah Didalam Hidupku . Hanya Cintamu Mekar Selamanya Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain Kau Telah Mengikatku Selamanya. Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang Aku Disini Menghitung Harapan Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu Bagai Semalam Semuanya Hilang Kau Yang Terindah Didalam Hidupku Hanya Cintamu Mekar Selamanya Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain Kau Telah Mengikatku Selamanya Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang Aku Disini Menghitung Harapan Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu Bagai Semalam Semuanya Hilang Bagai Semalam Semuanya Hilang

Khamis, 4 Oktober 2012

Mengenali suami sendiri

KERANA cinta anda telah berumahtangga dengan seseorang yang pada awalnya anda merasakan dialah yang paling sesuai menjadi pasangan dalam hidup.

Sedangkan sebenarnya, hanya selepas beberapa lama tempoh perkahwinan, barulah anda mengenali siapakah suami anda sebenarnya.

Artikel ini ditulis bukan untuk membuat anda rasa resah dan gelisah.

Ia sekadar memberi panduan kepada anda sebagai seorang isteri untuk mengenali siapakah suami anda sebenarnya dan mengapa anda perlu berusaha untuk mengubah sikap atau mendorongnya menjadi insan yang lebih baik.

Apa-apa pun, yang penting perlunya anda mengetahui sikap sebenar suami anda terlebih dahulu.

Sukar dipercayai

Suami anda sering bercakap tidak benar dan selalu menyembunyikan personaliti yang sebenarnya ketika keluar berjanji temu dengan anda. Selalunya perangai ini hanya dapat dikesan selepas beberapa bulan berkahwin. Jika perkara ini berlaku terhadap anda ternyata anda perlu lebih berhati-hati dan selalu bertanyakan kepada rakan-rakannya mengenai apa yang dilakukannya di belakang anda. Tetapi sekiranya rakan suami pun bersubahat dengan suami anda... usahalah cara lain.

Suka bertindak ikut rasa

Dia akan menghubungi anda sesuka hatinya bertanyakan sesuatu dan dilihat suka membuli anda dan tidak suka kata-katanya dibangkang. Suami seperti ini mungkin agak panas baran orangnya, anda sebagai isteri pasti tahu bagaimana untuk memujuk, mungkin dengan cara kelembutan yang anda miliki.

Teragak-agak membuat keputusan

Dia mengajak anda keluar kemudian selang beberapa jam kemudian dia bertukar fikiran pula. Jika anda berkahwin dengannya , pastikan keputusannya benar-benar 'sahih' sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Sekiranya berlaku juga lagi... sabar sajalah.

Suka menonjol

Adalah benar pada masa sekarang sebahagian golongan lelaki suka menonjolkan diri dan menjadi insan yang berjaya. Selalunya lelaki seperti ini menawan, kacak dan senang dengan wanita. Namun lelaki seperti ini sebenarnya mudah dan mungkin akan jatuh cinta lagi dengan wanita lain kecuali anda pandai mengendalikan dirinya.

Mendominasi (menguasai)

Dia selalu menguasai segala tindakan dan minda anda sehingga baju anda pun dia yang memilihnya. Anda bakal merasakan hanya sekadar boneka. Lelaki ini juga mudah menggunakan penderaan mental dan fizikal ke atas isterinya.

Tidak mempunyai perasaan

Lelaki jenis ini akan 'mencuri' anda daripada keluarga dengan memisahkan anda daripada rakan-rakan sehingga mengganggu kehidupan biasa anda kerana dia tidak suka melihat anda bergaul dengan orang lain.

Tidak yakin pada diri sendiri

Seorang lelaki yang berharap segalanya pada anda dan segalanya tentang anda. Mula-mula anda akan rasa seronok tetapi lama-kelamaan semuanya menyakitkan hati.

Terlalu mengharapkan kesempurnaan

Dia cuba mengawal kesemua perkara yang anda lakukan dengan tepat untuk mendapatkan kesempurnaan sebagaimana yang dihajatinya. Kemudian, apabila ada masalah mendatang, anda pula dipersalahkan.

Manipulasi

Dia hanya mahu mengawal segalanya termasuk hobi anda sampailah ke perbualan dan segala tindakan yang dilakukan untuk faedah dirinya sahaja sehinggakan semua idea yang dikeluarkan, anda harus mempercayainya biarpun anda sangsi mengenainya

Misteri

Ini bergantung kepada usia dan kematangan. Sekiranya sampai ke tua pun hidup anda masih ditakuk itu, bermaksud lelaki ini tiada objektif yang jelas dalam dirinya dan menganggap kehidupannya adalah mudah termasuk dalam soal kewangan.



Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121002/ke_01/Mengenali-suami-sendiri#ixzz28L4kGWSg 
© Utusan Melayu (M) Bhd