KELUARGAKU -

SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2

Selasa, 20 Julai 2010

MUTIARA KATA IBNU-QAYYUM

1. Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki.
2. Jangan terlalu menyayanyi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya.
3. Usah tangisi akan perpisahan, sebaliknya tangisi pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan.
4. Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara penyelesaian masalah yang paling berkesan.
5. Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
6. Hiduplah seperti lilin yang menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri yang mencucuk diri dan menyekiti orang lain.
7. Dunia ini ibarat pentas. Kitalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan di akhirat.
8. Akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.
9. Kejarlah cita-citamu, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

1 ulasan:

  1. Perkara yang baik elok dikongsi bersama. Kita tidak ada banyak masa untuk membelek semua buku. Melalui cara begini kita dapat menambahkan ilmu tanpa membeli buku... jimat juga, ilmu bertambah, hati senang dan minat mendalam dalam membaca

    BalasPadam