1. Semasa Perang Dunia Kedua, pihak penentang Perancis menggunakan telur untuk membawa pesanan rahsia. Pesanan ditulis pada kulit telur dengan menggunakan tawas dan cuka kerana ia tidak kelihatan apabila kering. Apabila telur direbus dan dikupas, tulisan itu dapat dibaca pada putih telur.
2. Untuk mengetahui samada telur itu mentah atau telah direbus, pusingkan telur pada bahagian hujung yang runcing. Telur mentah akan jatuh manakala telur rebus akan berpusing.
3. Makanan yang masin boleh menyebabkan muka nampak bengkak.
KELUARGAKU -
SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2
Selasa, 27 Julai 2010
Jumaat, 23 Julai 2010
MADAH PERDANA
Apabila hati kita bersih, kita dapat mengelakkan diri daripada busuk hati, kita dapat menghindarkan diri daripada buruk sangka, fitnah-memfitnah, segala kemungkaran dan kejahatan, bukan sahaja untuk diri kita, tetapi juga bagi keluarga, jiran dan masyarakat kita..
Islam mengajar kita untuk berlapang dada apabila menghadapi sesuatu kesusahan dan kesempitan. Tidak semua cita-cita dan impian akan dicapai dalam sekelip mata. Tetapi usaha dan tekad mestilah diteruskan sehingga kejayaan dicapai.
(Dipetik daripada buku 'Madah Perdana Penggerak Bangsa', 2002)

Rabu, 21 Julai 2010
Selasa, 20 Julai 2010
MUTIARA KATA IBNU-QAYYUM
1. Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki.
2. Jangan terlalu menyayanyi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya.
3. Usah tangisi akan perpisahan, sebaliknya tangisi pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan.
4. Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara penyelesaian masalah yang paling berkesan.
5. Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
6. Hiduplah seperti lilin yang menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri yang mencucuk diri dan menyekiti orang lain.
7. Dunia ini ibarat pentas. Kitalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan di akhirat.
8. Akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.
9. Kejarlah cita-citamu, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

Sabtu, 17 Julai 2010
Anak-anakku
Anak-anakku...
kau adalah amanah yang perlu ku junjung
walaupun ranjau berduri terpaksa ku lalui
walaupun lautan bergelora terpaksa kuredahi
namun tak kan kubiarkan kau bergelandangan
miskin harta, miskin ilmu, miskin amal. miskin adab
segala daya ku usahakan agar kau menjadi manusia
sempurna fizikal, sempurna akal
tidak mampu ku menjawab, tak mampu ku menghadap
rabbul izzati dengan kau terbiar lara
lalai dengan urusan dunia, lalai dengan keseronokan sosial
Ya Allah... bantulah hambamu ini....
Langgan:
Catatan (Atom)