Hidup akan lebih tenang dan ceria sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha untuk mengubah diri sendiri berbanding mengubah orang lain!
Diri yang menerima hidup berdasarkan 'apa adanya' lebih tenang daripada diri yang ingin hidup 'serba ada.'
Untuk jadi baik, perlukan perjuangan.. bukan secara kebetulan!
Lupakan peristiwa pahit sebaik sahaja mengambil pengajaran daripadanya. Forgive and forget!
Jangan biarkan diri disengat dua kali oleh satu kepahitan. Satu semasa mengalaminya, kedua... semasa mengenangnya. Let go, and let God!
Siapa yang selalu menoleh ke belakang, tidak akan bergerak ke hadapan. Yesterday ended last night!
Kita belajar tentang KEIKHLASAN 'di sekolah' yang bernama 'dipinggirkan', 'dilupakan', 'disalah tafsirkan', 'tidak dihargai', 'tidak dihormati' dan tidak mendapat 'ganjaran'!
Sesungguhnya, ikhlas itu bebas...
SESUNGGUHNYA TIADA YANG LEBIH INDAH SELAIN DARI MENGINGATI KEBESARAN ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG.
INGATLAH BAHAWA ALLAH MAHA LUAS KEAMPUNANNYA. MAHA MENERIMA TAUBAT DAN MAHA PENGAMPUN DOSA HAMBA-HAMBANYA JUGA BOLEH MENGGANTIKAN AMAL BURUK HAMBANYA DENGAN KEBAIKAN.
SESUNGGUH NYA tiada yang lebih indah
Selain dari mengingati kebesaran ALLAH
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ingatlah,bahawa ALLAH Maha Luas Keampunan-NYA
Maha Menerima Taubat dan Maha Pengampun
Dosa hamba-hamba-NYA,juga bolih menganti
Amal buruk hamba-NYA dengan Kebaikan.
KELUARGAKU -
SULAIMAN MOHD DOM, RODHIAH JAAFAR, NORHIDAYU, NORAINI, NASRULLAH DAN MUHAMMAD FIRDAUS2
Selasa, 12 Februari 2013
TIP MENJADI SUAMI YANG BAIK
Suami Yang Baik ::
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5 .Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
10. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
12. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
13. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
14. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
15. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
16. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
17. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
18. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
19. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
20. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
21. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
22. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
23. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
24. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
25. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
26. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
27. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
28. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
29. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
30. Kawal macho dengan saksama. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
31. Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Jumaat, 1 Februari 2013
BELAJAR MEMAAFKAN
Jika hati dibiarkan sensitif, maka hati ini akan mudah sekali terluka. Akan tetapi, jika hati sering dilatih, maka hati ini akan siap menghadapi pukulan dari berbagai pihak..
Jika kita disakiti seseorang, kita jangan melihat orang tersebut tetapi lihatlah dia sebagai sarana ujian dan ladang amal kita terhadap Yang Maha Kuasa.
Belajarlah memaafkan
(sumber: facebook)

Khamis, 31 Januari 2013
Menjadi orang sabar yang berbahagia
Kamu disebut kuat bukan kerana badanmu yang kuat...tetapi kerana hatimu yang sedang dikecilkan dan bersedih itu tetap bertahan dan menyabarkan diri.
Apapun yang terjadi padamu akan tetap menjadi sesuatu yang menguatkanmu selama kamu tidak mengizinkannya untuk melemahkan dirimu sendiri.
Tak ada yang disebut lemah selama dia masih mampu memilih...Pilihlah untuk menjadi orang sabar yang berbahagia.

Usah Berkecil Hati
Usah berkecil hati jika anda ditegur, dikomen dan diberi kritikan...Jadikanlah kritikan itu semua sebagai makanan yang mnyihatkan badan. Kerana ketahuilah...komen membina membawa anda ke hadapan. Pujian melampau hanya akan menyeret anda semula ke belakang.
Jom perbaiki diri kita dengan mendengar nasihat orang lain yang ikhlas membantu...

Ahad, 20 Januari 2013
Betapa Aku Mencintaimu
Betapa aku mencintaimu dengan sepenuh hatiku,
betapa aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu,
ingin kubahagiakan dirimu setiap saat bersamaku,
seperti janjiku pada mu tak kan pernah ku ingkari.
aku kan selalu ada di dekatmu, aku kan selalu menemani harimu,
kau harus tahu betapa aku mencintaimu......
betapa aku mencintaimu..
WITH EVERYTHING INSIDE OF ME....

Langgan:
Catatan (Atom)